Majlis Belia FELDA Malaysia Lembaga_Kemajuan_Tanah_Persekutuan

Setelah FELDA diwujudkan pada 1 Julai 1956, pelbagai pertubuhan belia wujud di dalamrancangan FELDA seperti Persatuan Belia Felda, Gerakan Belia 4B, MAYC, HYO dan lainlain.

Pada tahun 1969, Gabungan Persatuan Belia Felda Wilayah Selatan (PBFWS) ditubuhkan.Pada tahun 1975 ianya ditukar nama kepada Majlis Belia Felda Kawasan Selatan danditerima menjadi Ahli Bersekutu atau badan gabungan Majlis Belia Malaysia.

Pada tahun 1977 satu perjumpaan para belia Felda telah diadakan di Wisma YMCA KualaLumpur bertujuan menubuhkan Majlis Belia Felda Kebangsaan bagaimanapun ianya gagalberfungsi. Pada 27 Oktober 1980 Felda mengatur satu perjumpaan untuk membentukGerakan Persatuan Belia Felda Kebangsaan di Institut Pembangunan Tanah FELDA(INPUT) Trolak, bagaimanapun ianya turut menemui kegagalan dan usaha-usaha kearahmewujudkan semula Majlis Belia Felda terus dilaksanakan.

Pada April 1988, satu perjumpaan khas belia Felda telah diadakan di Johor Bahru bagimembincangkan penubuhan Majlis Belia Felda Kebangsaan telah diadakan. Lanjutan dariusaha tersebut, satu mesyuarat penaja penubuhan telah diadakan pada Julai 1988 diAsrama Semai Bakti FELDA, Kuala Lumpur.

MAJLIS BELIA FELDA MALAYSIA telah ditubuhkan dengan rasmi dan didaftarkan pada 7 Ogos 1991 dengan keahlian seramai 59,836 orang. Mesyuarat Agung Kali Pertama telahdiadakan pada 9 Oktober 1991 di Institut Pembangunan Tanah FELDA (INPUT) yangdisempurnakan oleh YB Encik Yassin Kamari, Timbalan Menteri Pembangunan Negara danLuar Bandar Malaysia. Matlamat penubuhannya adalah untuk menjadi sebuah badan penyelaras persatuan-persatuan belia Felda diMalaysia. Penubuhan MAJLIS BELIA FELDA MALAYSIA juga selari dengan hasrat kerajaanuntuk melihat generasi kedua Felda proaktif menghadapi cabaran dalam era globalisasi.

Pada 26 Jun 2008, MAJLIS BELIA FELDA MALAYSIA telah berdaftar dengan PendaftarPertubuhan Belia (ROY), Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Penubuhan PendaftarPertubuhan Belia adalah berkait rapat dengan kewujudan Akta Pertubuhan Belia &Pembangunan Belia 2007 dan fungsinya untuk mentadbir Akta Pertubuhan Belia danPembangunan Belia 2007. Akta ini telah diwartakan pada 26 Julai 2007 dan mulaberkuatkuasa pada 31 Disember 2007. Akta ini perlu dalam memperkasa pertubuhan beliasupaya mampu menarik lebih ramai golongan muda bergiat aktif dalam pertubuhan belia.Akta ini penting bagi memastikan bahawa pertubuhan belia tetap relevan dalampembangunan negara menerusi suatu sistem pengurusan dan pemantauan yang lebihteratur.

MAJLIS BELIA FELDA MALAYSIA amat komited terhadap rancangan yang disebutkan diatas dan oleh itu kami akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan keupayan kami dalambidang yang diceburi ini. Dengan berbekalkan kepada keyakinan yang tinggi dan diurustadbir oleh mereka yang berpengetahuan luas dan berkemahiran tinggi sudah tentu akanmenjadikan Majlis Belia Felda Malaysia sebuah pertubuhan belia yang mampu bersaingdengan pertubuhan belia lain yang sedia ada.

Jumlah cawangan MBFM di seluruh negara adalah sebanyak 308 persatuan yg terletak di 11 buah wilayah.

Presiden-presiden Majlis Belia Felda Malaysia1. Ramli Hj Ismail (Felda Sg. Sayong)2. Anuar Abd Manap (Felda Pemanis 2)3. Muhammad Fadzli Hasan (Felda Air Tawar 2)